Thursday, 5 April 2012

Perisian Blender untuk menghasilkan 3D Modeling dan Animasi


Assalamualaikum..pe khabar kepada pembaca yg sudi melawati blog tak seberapa ini..terima kasih sgt..

Okeyh..hari ni mungkin aku tak tahu nak cerita apa...tapi terfikir akan benda yang selalu aku duk buat skrg ni..

Mengenai perisian Blender, mungkin ramai yang tak tahu dan segilintir yang sudah tahu dengan kemunculan sebuah perisian 3D yang percuma utk digunakan oleh pihak pengiat industri animasi tanah air..memang menjadi persoalan kenapa dia percuma? dan dimanakah tahapnya berbanding dengan perisian 3D yang berbayar yang lain seperti 3DS MAX, Maya dan lain-lain..

Jadi mari kita rungkaikan persoalan tersebut...

1- Kenapa perisian Blender ini percuma ?

 - mengikut pengetahuan penulis (aku la tu).. apa jua perisian yang telah kategorikan dalam perisian Open Source..adalah percuma utk digunakan,apa pulak "sumber terbuka" tu ye?

- Sumber Terbuka@Open Source merupakan sesuatu perisian yang telah diberikan kepada umum utk dimodifikasikan mengikut keperluan sendiri, ianya bebas diubah dan komersialkan..

- Jadi Perisian Blender ni telah dihasilkan oleh segolongan pihak dan dilepaskan kepada umum utk proses pembangunan..sehingga skrg pelbagai perubahan telah berlaku pada perisian ini, lebih mudah digunakan dan difahami..

2 - Sejauh mana tahap kualiti yang boleh dihasilkan oleh perisian Blender ?

- Hal ini memang menjadi persoalan kepada si pengguna, tetapi perlu ingat tanpa pengetahuan asas dalam bidang 3D, ia agak sukar utk pengguna menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

- Berikut adalah filem pendek yang telah dihasilkan oleh beberapa produksi luar negara yang menggunakan perisian ini dan korang boleh nilaikan sendiri sejauh mana kemampuan perisian ini.


Sintel - Third Open Movie by Blender Foundation



 

The Big Buck Bunny


Jadi setelah melihat dua filem pendek tadi, harap sudah meletakkan tahap perisian Blender ini di sesuatu tempat yg selesa di fikiran korang..


Pada siapa-siapa nak mula menerokai perisian ini..

Muat Turun di sini :
Windows
Blender 2.62 64bit

Okeyh, jadi itu sajalah ngomelan aku mengenai perisian Blender ni, kepada yang nak mencuba, aku doakan semoga maju jaya, untuk tutorial boleh cari kat Youtube, memang bersepah giler...hehehe..opss..maaf bahasa aku..hehehe

Assalamualaikum... :)





Baca lagi...

Sunday, 29 January 2012

Assalamualaikum....dan salam sejahtera..

Jap..jappp....aku nak ckp something....

Pehhhh....~~~!!! Lama gilerrr aku tak berblogging ni dah rasa macam tak nak da menulis atau menaip...

Pehhh... lagi sekali...sekarang da masuk pun 2012...macam tak daa apa-apa je yang aku kecapi tahun lepass...

Pehhh...gilerr aaa aku da makin berisi...dan kini telah diejek oleh mesin timbang berat setelah dia mengatakan aku "u are too fattt.." than dia sambung..."congratulation"....mana tak panas broo/siss..hehehe..tapi nak buat macam mana da salah sendiri..makan tak henti-henti..tak guna maki-maki..baik baik ambil iktibar dalam hal ini..

Pehh..gua pantun ke tadi..hahaha..

Pehhh...ada ke azam aku tahun ni...?? ada tu ada...tapi tak tahu mana nak capai dulu...sbb tu aku rasa bercelaru..sebab tu aku jadi macam tak tahu..nak buat ini ke ituu...

Peehhhh..gua pantun ke sajak plak tadi ek?? hehehe...piaaqq pii laaa..

La ni...aku nak fokus-fokus...pada batu-batu di atas jalan raya yang mana cantik..aku akan fokuss...sefokus-fokusnyaa...dah merepek daa...

Pehhh...tak ada apa da nak tulis...
Salam semua da selamat menjamu bulan Feb dengan penuh bermakna dan berguna...


Assalamualaikum...Gud Evening...~~ :)
Baca lagi...

Saturday, 9 July 2011

Mencari diri sendiri

Assalamualaikum...wahh pejam celik pejam celik kita dah pun berada kat bulan Julai 2011, rasa macam baru je semalam "grad" dari Poli..hehehe..itu lah siapa suruh berangan selama beberapa bulan ni, atau pun mungkin pelbagai hal telah berlaku membuatkan kita macam tak tahu apa yang dah terjadi di sekeliling kita, hingga lupa masa terus bergerak tanpa menunggu siapa-siapa...hehehe..

Bulan depan masuk je bulan OGOS kita dah mula nak berpuasa, huuu..moga kita dapat berpuasa dengan jayanya tahun ni..maksud berjaya dalam berpuasa bkn dari segi dapat puasa penuh, tapi dapat memenuhi segala ibadat yang disarankan semasa bulan puasa seperti terawih,tahajud dan lain-lain ( banyak lagi amalan-amalan sunat jika dilakukan pada bulan puasa berlipat kali ganda pahala yang bakal diperolehi..waallahualam..)

Jadi marilah kita sama-sama ambil kesempatan ni untuk "mencari diri kita" yang sebenarnya sementara pintu-pintu syurga akan dibuka pada bulan puasa, berazamlah untuk melakukan perubahan yang besar dalam hidup kita dari segi akhlak,akidah dan rohani serta jasmani..dan ingatlah mungkin ini bulan puasa yang terakhir buat kita...tiada siapa yang tahu melainkan yang Maha Esa..

Insyaallah, dengan berkat azam kita yang bersungguh-sungguh kita dapat merealisasikan perkara tersebut dengan mudah dan mudah-mudahan di rahmati Allah Subhanawataalla...

Mari aturkan langkah, senaraikan apa yang ingin diubah, kaji kebenarannya fikir dengan matang...insyallah...kita mampu mengubah diri sendiri..yeahh~~ macam tu la..ok,mulakan sekarang bukan minggu depan..hehehe..Assalamualaikumm...
Baca lagi...

Saturday, 23 April 2011

Taman Desa Gemilang

Assalamualaikum...so,what up semua..hehehe..thanks to the follower...sori la..sebab guna bahasa rojak jap hehehehe...aku cuma nak beritahu kot2 la ade yang masih tak tahu..huhuhu

Kini buat kali keberapa entah,keluarga berpindah lagi..adehh~~..jadi sekarang aku berada di emmm...
sekitar Selangor dan sempadan Kuala Lumpur...jeng..jeng..(padahal tak de pun orang yang nak tahu huaa..huaa...)

saja je nak buat gempak sikit...kini aku berada di Taman Desa Gemilang kat perumahan atas bukit...huhuhu..dekat belakang UIA..nasib baik laa ada line tenet sini itu pun Celcom Broandband yang kadang-kandang jadi berukband gak laa..hehehehe...tp Alhamdulillah...syukur sekurang-kurangnya ada kan...

hehehe..mmg sini pagi petang siang malam..sentiasa sejuk, al maklum la kat atas bukit tapi apa yang best duk kat sini(rumah sewa je pun)..korang akan rasa satu ketenangan saat korang pulang dari kotaraya yang sibuk gila dgn jemm,roti dan berbagai-bagai lagi yang orang tak suka..hehehe..masuk je kawasan jalan sungai pusu kekusutan kian hilang dan rasa seronok je bila balik rumah..huhuhu

jadi itu je la cerita tentang aku kali ni..pe2hal aku update macam2 lagi tu pun kalu line cantikkk..
salam semua moga hari ini dan seterusnya buat kita lebih semangat untuk berjuang

p/s -  harap-harap ini kali terakhir kami berpindah, insyaallah selepas ni dapat la merasa rumah sendiri..hehehe...
Baca lagi...

Saturday, 9 April 2011

Setiap Detik...



Hahaha...mula ku dengan ketawa...hahaha...lagi sekali aku ketawa..mungkin kerna aku terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling...dengan perasaan ku..

aku tak boleh nak ungkapkan..apa la yang bermain dlm kotak fikiran aku..
Keluh resah..mcm2 lagi..mungkin ada kaitan dengan Dia..yup, mcm mn pun mmg ade kaitan..kemana kita kalau tak kepada Dia..

Hehehe..jadi setiap detik..berjalan dan tak akn berhenti menunggu kita..waa...kalau bangun pagi-pagi selesai je subuh..rancanglah hari ni nak buat apa moga ia lebih baik dari hari semalam..kan??

p/s - pesan kpd diri sendiri..bercakaplah bila diperlukan..diam la bila tak ada benda berfaedah nak cakap..hahaha..dah mcm keling lak aku cakap..hehehe..

kepada semua blogger gud luck broo..
Baca lagi...

Wednesday, 6 April 2011

Hampir ke Kemuncak ??

Yup...Assalamualaikum..kepada semua blogger/user yang melawat...hehehehe..ssh gak nak karang cerita ni, setiap kali, macam tak biasa la pulak mengbloggerkan diri...hahaha..

Jadi pagi yang hening ni, inginlah aku ceritakan mengenai tajuk di atas...fuhh dan macam surat kiriman rasmi punya gaya pulak...

Buat pengetahuan semua, aku kini sudah berada pada tingkat yang keenam dari atas...di Politeknik Perlis, berbidangkan seni digital yang dah aku pelajari di sini, buat aku lebih mengenal mengenai industri yang bakal aku tempuhi kelak..hahaha..dah macam sastera...

opss...ok..berkenaan tajuk di atas, saja je la nak maklumkan yang aku kini dah nk habis..so aku ibaratkan aku dah hampir ke pintu pagar institut yang aku diami sekarang, lepas nih boleh la aku berehat kejap dari dunia pendidikkan formal ni...

So, sekarang ni persoalanya, apa aku nak buat lepas nih, takkan duduk rilek je kot..sambung belajar tahun depan la kot...kerja?? kat mana ye..jadi pikirlah..wahai diri ku ini...hehehe..kepada kengkawan yang mungkin nk habis study gak...let prepare ur self before u finish something (baca ikut pelat ganu)...hehehe...adios..

p/s -  dilarang guna bahasa dlm blog aku ni..dalam urusan formal..ye..yop...pisss...
Baca lagi...

Monday, 4 April 2011

Akhirnya, kulatblur.blogspot...telah ada

Assalamualaikum....kepada semua yg melawat blog aku...ini mungkin alihan daripada kulatmotion.blogspot yg sebelum ni..aku publish kepada kawan-kawan...insyaallah ini blog ku nih yg bakal mengantikan blog sebelum ni..so,kpd kengkawan yang dulu dah follow blog aku...boleh la follow blog nih gak...adios..opss...salam ukhwah kepada semua...be the blogger not the sucker...hehehe..thanks..

credit to - http://sfkforshort.deviantart.com/
Baca lagi...

Nuffnang

Nuffnang