Saturday, 9 July 2011

Mencari diri sendiri

Assalamualaikum...wahh pejam celik pejam celik kita dah pun berada kat bulan Julai 2011, rasa macam baru je semalam "grad" dari Poli..hehehe..itu lah siapa suruh berangan selama beberapa bulan ni, atau pun mungkin pelbagai hal telah berlaku membuatkan kita macam tak tahu apa yang dah terjadi di sekeliling kita, hingga lupa masa terus bergerak tanpa menunggu siapa-siapa...hehehe..

Bulan depan masuk je bulan OGOS kita dah mula nak berpuasa, huuu..moga kita dapat berpuasa dengan jayanya tahun ni..maksud berjaya dalam berpuasa bkn dari segi dapat puasa penuh, tapi dapat memenuhi segala ibadat yang disarankan semasa bulan puasa seperti terawih,tahajud dan lain-lain ( banyak lagi amalan-amalan sunat jika dilakukan pada bulan puasa berlipat kali ganda pahala yang bakal diperolehi..waallahualam..)

Jadi marilah kita sama-sama ambil kesempatan ni untuk "mencari diri kita" yang sebenarnya sementara pintu-pintu syurga akan dibuka pada bulan puasa, berazamlah untuk melakukan perubahan yang besar dalam hidup kita dari segi akhlak,akidah dan rohani serta jasmani..dan ingatlah mungkin ini bulan puasa yang terakhir buat kita...tiada siapa yang tahu melainkan yang Maha Esa..

Insyaallah, dengan berkat azam kita yang bersungguh-sungguh kita dapat merealisasikan perkara tersebut dengan mudah dan mudah-mudahan di rahmati Allah Subhanawataalla...

Mari aturkan langkah, senaraikan apa yang ingin diubah, kaji kebenarannya fikir dengan matang...insyallah...kita mampu mengubah diri sendiri..yeahh~~ macam tu la..ok,mulakan sekarang bukan minggu depan..hehehe..Assalamualaikumm...
Baca lagi...

Nuffnang

Nuffnang